Monday, February 26, 2007

Bagaimana Hari Tua Aku....

Hari-hari tua aku bagaimana? Apakah hari tua aku akan menjadi susah ke kepada kedua PUTERA ku atau sebagaimana?
Setiap hari aku meniti masa dan peluang untuk aku berfikir, macammana hari tua aku kelak?
Apakah yang akan berlaku kepada aku? Adakah nasib aku nanti sama seperti warga emas yang pernah aku lihat dirumah tumpangan orang-orang tua?
Dimana anak-anak mereka tiada tempat untuk memelihara mereka atau mereka yang sebatang kara di dunia ini.Warga emas yang banyak aku temui semuanya mengeluh kesah yang nasib mereka adakala menyukar atau membahagiakan.
Mereka yang bergantung pada anak-anak mereka kadang-kala merasa hampa kerana apa yang telah dicurahkan sewaktu kecil sehingga besar tidak di pandang langsung malah di ketepikan...
Aduh!!! sedihnya aku melihat perkara bergini berlaku di zaman abad yg penuh dengan teknologi yang canggih gitu....aku berazam aku tidak mahu menjadi begitu tetapi aku pun tidak mahu merempat atau meminta belas ikhsan dengan mana-mana bantuan atau dengan anak sekalipun....
Insyaallahh aku cuba menjaga kesihatan aku begitu juga sholat aku, aku tidak mau melepaskan peluang untuk berbisik dengan allah s.a.w. Kita manusia hanya mampu merancang tetapi hanya allah sahaja yang menentukannya....amin

No comments: