Tuesday, February 27, 2007

Rindu Pada Dia....


Aku RINDU pada mu....

Rindu aku membara......Rindu aku hendak mendengar teguran Dia....Rindu aku pada sentuhan Dia....Rindu aku hendak mendengar suaranya....Rindu aku hendak melihat wajah-wajah nya yang cantik walaupun dimamah usia senja...Rindu aku untuk melihat senyum Dia.... Ku pendamkan Rindu biarlah sampai mencecah ke dalam hati....Dikelongsang hati ini ku pahat rasa Rindu tidak akan aku pudarkan buat selama-lamanya....Rindu yg telah tewas dengan perasaan ego membuat aku makin bertahan begitu lama...Entah berapa lama aku masih boleh bertahan, aku sendiri tidak tahu ...yg pasti aku akan sentiasa merinduinya walaupun aku tidak pernah mengucapkannya....

Biarlah aku simpan RINDU ini selama-lamanya.....


Hari ini aku disaksikan oleh suatu perkara yang gitu istimewa bagi diriku .
Apatahnya, disebalik aku off day, aku dibukakan mata dan telinga. Masya-allah, sungguh allah maha pencipta dan maha esa, aku yg duduk berselingpuh kusyuk mendgr mereka mengaji ada sekali-kala anak-anak teman ku meminta tolong, aku tolong jua. merdunya suara mereka bila membaca ayat-ayat alquran dan ayat-ayat dari surah yasin dan albaqarah...
Aduh!!! malunya aku yang dah lama tinggalkan kitab alquran ini, bukan aje aku tinggalkan malah dah lama aku tidak sentuh malah aku lah yang selalu leka dgn kerlip-kerlipan dunia. masya-allah, ya allah macam mana aku nak letak muka aku keesokkan harinya...dah lah aku tengah off day aduh!!! berdebarnya jantung aku macam nak pocot!!!

Monday, February 26, 2007

Bagaimana Hari Tua Aku....

Hari-hari tua aku bagaimana? Apakah hari tua aku akan menjadi susah ke kepada kedua PUTERA ku atau sebagaimana?
Setiap hari aku meniti masa dan peluang untuk aku berfikir, macammana hari tua aku kelak?
Apakah yang akan berlaku kepada aku? Adakah nasib aku nanti sama seperti warga emas yang pernah aku lihat dirumah tumpangan orang-orang tua?
Dimana anak-anak mereka tiada tempat untuk memelihara mereka atau mereka yang sebatang kara di dunia ini.Warga emas yang banyak aku temui semuanya mengeluh kesah yang nasib mereka adakala menyukar atau membahagiakan.
Mereka yang bergantung pada anak-anak mereka kadang-kala merasa hampa kerana apa yang telah dicurahkan sewaktu kecil sehingga besar tidak di pandang langsung malah di ketepikan...
Aduh!!! sedihnya aku melihat perkara bergini berlaku di zaman abad yg penuh dengan teknologi yang canggih gitu....aku berazam aku tidak mahu menjadi begitu tetapi aku pun tidak mahu merempat atau meminta belas ikhsan dengan mana-mana bantuan atau dengan anak sekalipun....
Insyaallahh aku cuba menjaga kesihatan aku begitu juga sholat aku, aku tidak mau melepaskan peluang untuk berbisik dengan allah s.a.w. Kita manusia hanya mampu merancang tetapi hanya allah sahaja yang menentukannya....amin

Sunday, February 25, 2007

Ku Inginkan....

Ku ingin selalu mengingatiMu,
ku ingin selalu mendampingMu,
ku ingin selalu merinduiMu,
ku ingin selalu meletakkan Mu yang pertama didalam segala perkara,
Ku ingin bertemu dengan diri Mu tapi itu ada satu perkara yg mustahil boleh berlaku.
ku ingin taat setia dengan perintah Mu,
Ku ingin menjadi umat yg berada didalam golongan solehah.
Ku ingin segala-gala yang telah kamu kurniakan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W.
Ku ingin menjejakkan kaki ku kerumah Mu.
Ku ingin sujud disana dengan berbisik kepada kamu,
ku ingin apabila mati ku kelak hendaknya ku telah bersedia...
Bisakah ku mengatasi kesulitan kehidupan didunia dengan penuh ketabahan dan dugaan dari Mu....Ku masih ingin dan ingin dan ingin selalu mahu dekat dengan Mu,
Kedamaian dihatiku..."Rabbanaa aatina fiddunyaa hasanatan wa fil-aakhirati hasanatan waqinaa 'adzaa-bannaar.."

Datin Darling Haziq And Hafiz


Mama luv u all so much even though both of you are full of mischievous and surprise!! I can't leave home without both of you!!!!

Posted by Picasa

Saturday, February 24, 2007

Diari-Datin

Aku...aku...aku...!!
Aku yang masih setia dgn Diari aku ini....
Aku yang kadang-kala perlu mencurahkan isi hati aku didalam Diari...
Aku kadang-kala memberontak dengan cara menulis didalam Diari....
Aku yang suka mencurah segala hati terhadap seseorang....
Aku lah yang sering membuka lembaran-lembaran yang telah aku tulis dan aku janji tidak mahu menoleh ke belakang lagi....
Tapi....
Aku mengingkarinya kerana aku lemah jika tidak menjenguk mu
Diari....
Jika jari-jemari aku tidak berdaya untuk menulis, apa kah akan setiakah engkau dengan aku
Atau pupuskah kau ditelan dek zaman yg akan berlalu tanpa memperdulikan kamu....
Maafkan aku diari, tiada daya aku melainkan aku diizinkan allah untuk berkarya atau tidak...
Selagi hayat dikandung badan kau tidak akan aku lupa kan........