Saturday, November 17, 2007

Dari Salads, Sotong hingga ke Cocoa Bottoms Banana Peanuts Bars

Salad Thai Mango

Sotong goreng tepung


Cocoa Bottom Banana Peanuts Bars


Selera hendak makan nasi atau mee hilang begitu sahaja.....Entah kenapa tekak nak rasa makan sayur-sayuran dan kebetelun di dalam peti ais ada berberapa bahan yg elok ku buat atau mencuba...so ini adalah gambar-gambar yg telah ku buat dan rasa.... !!


Saturday, October 20, 2007

Havana Sparkle


Biskut ini adalah percubaan Aku yg pertama..dan ia menjadi pula... tapi tak pe kerana anak-anak aku tidak mengemarnya sangat.. so aku Nak share aje picture biskut ini untuk kalian lihat... rupa biskut Havana Sparkle....

Biskut Gajus


Biskut Gajus yg aku buat ini adalah kegemaran aku, kerana selalunya yang aku makan rasanya banyak tepung dan kurang enak rasanya. Jadi apabila keluar aje resepi ini Dibuku Masak chef terkenal Asmah Laili apa lagi aku cubalah... Masya-Allah nikmat dan lemaknya apa lagi aku melebihkan kekacang Gajus, Gosh ...!!! Marvelous...!! yg pasti aku akan buat lagi biskut ini kerana aku masih ada setengah kilo Kacang Gajus...
Aku adalah seorang pemalas nak salin resepi...jadi ku harap KORANG yg membaca BLOG aku ini maafkanlah aku tau....!!

Monday, October 8, 2007

Saat aku menanti Lebaran



Dua tiga tahun lalu aku sibuk sekali kerana aku sungguh bahagia menantikan lebaran. Lucu saat itu aku rasakan kerana sikap ini selalunya ada pada anak-anak kecil sahaja. Tapi tahun ini kegembiraan itu tiada dihati ku malah aku merasa sedih sangat terkenangkan aku harus bertugas meninggalkan anak-anak berbuka dengan Papanya aje. Sedih benar aku rasakan walaupun di tempat aku bertugas aku sering mendengar lagu raya diputarkan diradio aku tetap tidak bertemu perasaan bahagianya bila syawal menjelma.Kenapa eh?

Aku tidak mahu mengikut kan hati yg sedih ini aku buat jua beberapa biskut yg dah aku kira jumlahnya 9 macam tau...! dan aku selipkan gambar- gambarnya disini untuk kita kongsi bersama.. Ayuh mari kita raikan Syawal tahun ini dengan penuh kesyukuran dan alhamdullilah bertemu lagi namun sedih kerana puasa akan pergi, ada umur yang panjang kita bertemu lagi ditahun hadapan...
Resepi-resepi ini ku ambil dari buku masak Asmah Laili....Biskut Emping Rangup dengan Hazelnut Brownies.


Monday, September 24, 2007

Biskut CornFlake Bijan Hitam



Biskut CornFlake Bijan Hitam ini diambil dari buku Asmah Laili yg Ke 5.
Biskut Cornflake Bijan Hitam

BAHAN

250g Mentega
200g Gula Kaster
1 Biji Telor
375g Tepung gandum atau Top flour ---- diayak
1 sudu teh baking powder---- diayak
1/2 sudu esen vanilla
40g bijin hitam ( Saya tidak menggunakan nya)
150g cornflake dihancurkan sedikit

CARA-CARANYA

Pukul Mentega, gula kaster dan vanilla dengan kejaljuan yang kuat selama 3 minit atau sehingga kembang, Masukkan telur dan pukul lagi selama 2 minit. Perlahankan kelajuan mesen dan masukkan tepung yg telah diayak, bijan hitam dan cornflake. Pukol lagi selama 2 minit. Bentukkan bebola kecil dan aturkan di dulang pembakar. Bakar di ketuhar 170 darjah 170 C selama 15 hingga 20 minit atau garing.

Tuesday, August 21, 2007

Biscuit Almond Cherry



I have completed this project for my son school..He have to bring it to school this week..Since I'm off today I do it this project early...Hopefully he like it...
Resipinya:
Mentega 125g (I use butter ics)
Esen vanilla 1 sudu teh
Gula Halus 50g ( I kurangkan ke 35 grams)
Telur 1 biji dipukol sedikit
Tepung self Raising flour 150g diayak
Badam 125 g
Halwa ceri sedikit untuk dihias
Cara-caranya:-
* Pukul mentega, esen vanilla dan gula sehingga ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit , pukul sampai rata.
* Tambah tepung, badam dan gaul sehingga menjadi doh lembut.
* Jatuhkan 1 sudu teh ke dalam dulang dan leperkan serta hiasi lah dgn buah ceri diatas nya. lakukan sampai habis.
* Bakar didalam ketuhar yg dipanaskan pada suhu 170-180 oC selama 10 sehingga 15 minits
* Sejukkan diatas redai wayar...

Thursday, August 16, 2007

No subject...

Ciptaan DIA sungguh besar,
Tiada tolak banding.
Dari hujung rambut sehingga hujung kaki milik DIA...
Aku terasa kecil bak semut,
kalau dipijak matilah aku
kalau aku sempat elak selamatlah aku....
Semua ini sudah tertulis di Loh Mahfuz.
Mati Semut kerana GULA,
Kembalinya aku hendaknya berbekalkan iman didada..
Sungguh Esa dan Maha kuasa ciptaannya...
Tiada kata bisa ku leraikan
Hanya DIA ingin ku taati......

Friday, August 10, 2007

NDP07,Kita BBQ

Tahniah SINGAPURA ulangtahun nya yg ke 42...Tapi bagi ku pula kita BBQ, nest nya takleh cakap kerana sambil kita BBQ kita dengar JET-JET terbang diatas bumbung rumah kita dan bunyi Dentum bunga api jelas ternyata...suka lah semalam nya merdeka..!!
Disini Kita tunjukkan anda BBQ kita nya Menu...

Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Monday, August 6, 2007

Biar Lah Rahsia

Dulu aku tidak tahu,
aku kebingungan,
Sekarang baru setengah sahaja untuk aku nak tahu
Aku sudah mula merasa cubitannya...
Seterusnya aku belum berani nak kata apa-apa,
kerana aku belum berani nak beritahu apa maksud nya...
Biarlah ia berlalu dahulu..
kerana tidak begitu mudah untuk aku mencapai nya....
Bukan aku nak berahsia..
atau berselindung...
Aku cuma ingin melaluinya dengan tabah, sabar dan redha...
Cubit peha kiri, peha kanan terasa...
Biarlah ia menjadi Rahsia aku dan DIA..
Kerana apa yang hendak aku tulis DIA terlebih dahulu sudah tahu..
Biarlah rahsia....

Friday, August 3, 2007

Kek..oH...Kek

Kek...sebut aje kek semua suka makan KEK..Bohong kalau ada yg kata kek ini tidak sedap..Rasanya sebuah kek, manis pada krim nya serta coklatnya, Lembut pada isinya dan cantik pada texturnya...adakala ia berwarna hijau, kuning, merahjambu, coklat, ungu serta bermacam-macam lagi.


Membuat kek ada yg banyak pakai telor, gula dan mentega. Kalau bersalutkan coklat ..lagi menambahkan perisanya serta coklat digemari oleh semua usia... kalau terlalu banyak makan akan memudaratkan kita seperti penyakit KENCING MANIS, DARAH TINGGI SERTA GINJAL... jadi apabila kita sudah makan hendaknya minumlah banyak-banyak air masak suam... agar ia membilaskan gula didalam darah kita atau sudah makan buat lah senaman kecil-kecillan....


Kek coklat juga digemari oleh Hubbi dan anak-anak saya... jadi disini saya nak tunjukkan Kek Bersalut Coklat yang telah saya buat... enak dimakan sewaktu sejuk-sejuk....







Thursday, August 2, 2007

Maggi Pizza

DIA kalau dah sakit... merengek-rengek... mengalahkan baby pula... hehehe dah lah itu roti bakar yang biasa dia makan waktu sarapan pagi dah tidak mahu lagi.. nak makan MAGGI.. ish...budak nie pepagi nak maggi... belek kat bakul ternampak instant maggi cintan..apa lagi... idea untuk buat maggi pizza mendatang.. nothing much cuma cream, telor dua biji dan garam serta lada sulah... bukan tidak mahu letak udang atau ayam ... just nak makan yg natural aje.. malah nanti baru lah I buat macam pizza bertopping menggunakan Maggi pizza...
Just now keluarkan Agar-agar gudil dari acuan...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Cheese-fries



Anak-oh anak nak beri yg kecil ini makan punya lah susah.. bukan apa semenjak dia dah suka dengan cheese dip dia rengek nak yang itu juga... so nak pujok dia makan kita buat kan dia ala-ala cheese-fries....dan alhamdullilah dia makan habis..kalau tidak asyik nak susu aje mana boleh tahan.. susu dgn cornflake atau roti .. apa nak jadi dengan NASI....
As I dah janji dengan dia I must do dip cheese..Sabar tau sayang..Mama sure do for you....!!

AsamPedas

Asampedas Ikan Duri ini memang menjadi kegemaran semua warga baik Cina,Indian atau Melayu.. Kuah nya boleh dipekatkan atau dicair kan malah Saya pernah nampak ada orang menghirup kuah nya, kalau lah dia tidak berhati-hati boleh tersedak...!!


Hari ini Saya mencuba Asampedas Kak B..Teman dialam maya ini , dan setelah saya cuba dan merasa sedap sangat.. malah tadi sempat saya singgah kekedai roti untuk membeli Roti Perancis, nak dicecahkan dengan belen kuah lauk ini....


Saya tidak mahu banyak tulis.. ini dia saya persembahkan Lauk AsamPedas Ikan Duri ...Resipi Asli daripada Kak B (Cikgu Garang) kita...



Tuesday, July 31, 2007

1st August..Hari Jururrawat/Nurse


Hari ini adalah hari JURURAWAT. Teringat dulu-dulu jururawat adalah tugas yang amat sukar di lakukan. Jururawat juga di perlukan dimana pesakit memanggil. Jururawat juga yang akan melayan perangai pesakit.Jururawat juga yang cuba berdikari dengan lebih tabah dan sabar. Jururawat juga yang akan dimarah atau dimaki kalau pesakit tidak berpuas hati. Jururawat juga yang menjadi teman baik pesakit dan jururawat juga yang akan mengkhabarkan berita sedih atau gembira kepada famili pesakit...Tanpa jururawat kita terasa pincang...



Tahniah untuk manusia atau insan yang berkerja sebagai JURURAWAT....tabah dan sabar itulah slogan bagi pekerjaan seorang jururawat... Selamat hari Jururawat dari Mama untuk mereka...

Saturday, July 28, 2007

Ayam ...oH Ayam...!!





Genap pukol 1 tengahari selepas Zohor kami keluar ke CityPLaza, sepanjang ke sana kemalangan yg aku nampak ada 3, satu nya lori siput melanggar motorsikal, kedua kereta berlanggar motosikal dan ketiga kemalangan ini melibatkan 6 atau 7 kenderaan tapi disebelah kanan..Kesesakan nya Masya-Allah...!! untung Zauji sabar orang nya...


Sampai disana, aku menuju ke "Arnold Fried Chicken Restaurant" dah 4 atau 5 tahun aku dan Zauji tidak mampir di sini..Kami tisak kuasa nak beratur nya. Tapi tadi ..alhamdullilah sungguh melegakan kerana orang tidak ramai...Syukur sekali lagi...!!
Aku nak komen sikit, rasa nya ayam ini telah berubah dan paling ketara tadi semasa aku mengkunyah, aku rasa mereka pakai bawang putih lebih klerana aku terasa nah bawang putih di bahagian kulit nya dimana kulitnya ranggup dan rempah nya aku rasa terbanyak bawang putih..aku kira aku seorang yg merasanya tapi meja sebelah pun berbualkan hal ini..apa pun lah ayam nya enak cuma isi nya tetap tawar... isk bab ini I think nuthing can be done...!!!





Thursday, July 26, 2007

JULY oH JULY...

Bulan July akan berakhir untuk beberapa hari... Sejenak aky ingin mengingati apa yang sudah aku lakukan...Hmmm.paertama,

Aku semakin minat Memasak..Kenapa kerana Haziq sudah pandai minta Ibu masak itu dan ini...tetapi dia tetap mau masakkan less pedas.... Cake,brownies dan agar-agar clear tetap dia minati apatah lagi kalau aku buat kuih PuteriSalads laju lah dia makan macam kereta api....hehehe..GG dia sudah mula nampak nak timbul dua biji yg dah patah..pp dia makin tenbam ..masya-ALLAH jgn lah dia gemuk ..menyamfah aku..tapi dia ada ketinggian yg lebih dari aku dan zauji... syukuran..
Hafiz... dia semua makan macam aku pula sifat makan itu.. dan celoteh dia habis macam aku juga tapi dia tidak suka chilli... keju dia nya fans...Dia sikit sensitif orang nya dan amat takut dengan animals seperti bug, maksud aku semut,cicak,lalat, nyamuk dan etc..Kalau Dia ketemu boleh menjerit mengalahkan anak perempuan!!!

KEDUA

Bulan ini adalah bulan hari masyarakat, jadi penlibatan aku teramat penuh makna..disini kita belajar cara kelainan bangsa,budaya punya cara kehidupan dan pemakanan mereka.






Hari Guru akan sampai, kami di sekolah sudah mula aktif belajar menari untuk dipersembahkan pada hari guru kelak.. latihan demi latihan kami lakukan agar kami nampak sama dan seiring...
Hari sabtu ini kalau zauji tidak malas maybe dan maybe dia akan bawa kami ke Arnolds Fried Chicken maybe lah ..oh maybe aje lah.... dah 4 tahun tidak kesana bukan malas cuma tidak kuasa nak beratur dan tempat nya kecil...

30haribulan ..Haziq sudah mula ada tropical test English... dan 31haribulan ..bahasa melayu..seterusnya Maths nya pada 2nd august....Mudah-mudahan dia boleh melaluinya dengan hati yg tabah...

Bulan july..Bulan Rejab dimana HaFiz dilahirkan begitu jua Zauji....Semuga panjang umur kalian yg tercinta.. dan Bulan July ini ingin Aku mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Zaihana aka Spidey dan Haji Nan di Brunei..serta yang lain dimana aku mengenali atau tidak...Doa ku... " Ya..! ALLAH kau panjangkan umur mereka tambahkan ilmu akhirat kepada mereka-mereka yang Engkau kasihi dan murahan rezeki serta Lindungilah mereka-mereka daripada api neraka..amin ya rabbi ala-amin.."

Sekian dan khalas

Tuesday, June 19, 2007

Hari Bapa

Maaf lah Blog diari-Datin, lama benar Datin tidak berkarya. Bukan apa semenjak dua ini Datin suka sangat di Fp.. disana minat mengambil gambar semakin menjadi pula. Tidak kira lah gambar makanan atau pemandangan, dimana mata sedap memandang siaplah Datin snap. Jangan kata Blog, di Multiply pun Datin dah malas nak updated. Nantilah kalau datin senang sure Datin up date BLOG dan Multiply....

Hari Bapa baru berlalu, Tapi apa maksud nya eh... Bagi datin yg masih empunya " BAPA" tiada banyak memori indah untuk dikenang... malah tiada pula rasa cemburu atau iri, mungkin kerana datin tidak begitu rapat dengan beliau. apa pun dia masih BAPA datin.... Lihat aje Muka Bapa datin ...punya lah serious macam nak makan orang...hehehehe...!!! Rilex BaPak...!!
Kenangan datin sewaktu dengan Bapak....Bapak kayuh beca sewaktu itu Datin tinggal di geylang... beshnya bapa kita kayuh beca sebagai part time aje kerana waktu itu bapak kerja dgn PUB. Satu dan itu aje yang ada dan yang lain tiada...
Cuti sekolah dah nak buka....kerja Datin makin banyak... nantilah kalau Datin free sure Datin corat-coret lagi...Bubye semua...

Tuesday, May 22, 2007

Terimakasih...:-)

Malam ini jari-jemari aku sungguh lemah aje, ia seperti mengikut rentak irama hati aku. kekiri dan ke kanan ia menghayun.

Kesedihan dan kerisauan sudah pun berlalu, malah aku sudah mula bersenyum dan dah mula terasa ringannya bahu serta hati aku...syukur alhamdullilah...!!

kepada yang mengerti apa yg aku tulis..ku ucapkan terimakasih kerana bersikap sabar dengan apa yg aku lalui...

Dan kepada yg tidak mengerti. maaflah kerana terlalu sukar untuk aku mau menerangkan kedudukan aku.

Apa jua yg aku tulis di blogspot ini..ia adalah ujian dan tahap-tahap aku lalui semasa aku diuji..

Terimakasih aku kepada Sahabat yang aku hargai... tanpa kalian siapa lah aku...you know who I refer to....:-)

Saturday, May 19, 2007

Biar Dia Pergi

Alhamdullilah ..syukur aku bersyukur ke atas Illahi,
Ku panjatkan doa semuga ia kekal disana selamanya...
Walaupun puas aku sabar dengan kerenah dia,
tetap aku pertahankan hak mutlak aku sebagai isteri dan menantunya..
Zauji diam membisu sambil mendengar segala kata-kata nista dan Caci dari mulot ibu nya..
Zauji tidak akan masuk campur dalam hal bergini....Sayang aku padanya..:-)
Aku tetap cuba tidak meninggikan suara aku,
Aku tetap cuba tidak menunjukkan kemarahan
yang tengah meluap-luap di sanubari hati aku..
Walaupun segala kata nista dan hina nya dia pada aku...
Aku sedar dia sebenarnya cemburu kepada aku..
A'aah..aku tidak bersalah dan aku tidak mahu lagi diperkota dan katik olehnya..
Aku hanya mula melepaskan kata..." Kalau susah sangat tinggal dengan ku, pulanglah ibu ke asal kamu ..disana ibu mesti lega dan terhibur kerana tiada manusia yg akan berbicara dengan kamu (ibu)....!!!
Dia tidak terkejut malah dengan senyum dia rela dipulangkan kesana.....!!!
Alhamdullilah ...Alhamdullilah....
Ya Allah...Ya Latif.. kamu maha mendengar...Syukur ku diatas kejadian ini...
Pagi ini, ingin ku mohon ampun dan maaf terhadap kesalahan aku semalam,
Apabila dia melihat aku, dia terus membuangkan mukanya dan dengan pantas memanggil cucunya untuk beredar dari rumah ini...,
Tidak mengapa, aku rasa biar apa yg terjadi semalam biar lah ia yang terakhir,
dan kalau berlaku lagi akan datang..
yang pasti aku tidak akan biarkan dia menetap dengan aku disini...
Ku toleh melihat raut wajah Zauji, dia diam membisu dan sedih...
Aku mengerti kerana sampai bila pun Ibunya tidak akan berubah sikap terhadap aku....
usia dah senja dan langkah tidak begitu luas, sampai bila kah dia akan bergini...
Allahualam dan Allahhuakhbar....

Friday, May 11, 2007

Bintang malam

Malam yang dingin dengan bintang bertaburan dilangit,
Kerlipan-kerlipan bintang begitu nyala sekali...
Ingin aku mencapai mu satu persatu,
Namun aku tidak berdaya kerana kau(bintang)
Berada nun jauh sekali....
Aku....
Setia menanti kejatuhan mu bintang-bintang
Keribaan aku...
Kerlipan hidup aku sementara sahaja..
Sewaktu aku gemerlapan dengan dunia aku,
Aku lupa tentang adanya Allah,
Sewaktu aku sibuk menari dan berdansa,
Aku lupa pada Azan bang yang memanggil
Kita supaya sudah waktunya bersolat...
Sewaktu aku meneguk air-air itu...
Aku lupa akan haram dan halal...
Aku dengan dunia aku..
Apabila aku sedang hadir kan diri
dengan dunia penuh gemerlapan...
tiba-tiba.......
Diri aku direngut oleh sesuatu bayangan hitam....
Dia datang dengan penuh ngeri,
Aku takut...aku jerit..aku cuba melawan...
namun aku tiada kuasa untuk menandinginya..
Kecuali aku melafazkan..." Ya allah...Ya allah...Ya allah...!!
Masya-allah, aku masih ingat pada mu Ya allah..
Manusia yg banyak dosa ini masih ingat padamu,
Manusia yg sombong dan engkar akan perintah mu
Masih ada muka untuk memanggil mu...
Masya-allah dan subhannallah....
Esok masih adakah untuk ku
Meniti setiap hari aku,
Kecuali tiada esok bagi ku......

Sunday, April 1, 2007

Dua Minggu bercuti....

Hari ini dia dah pergi ke Benut malaysia. dia diambil oleh anak perempuannya. Dia kelihatan tergesa-gesa nak berangkat. Dia kata kepada aku, dua minggu aje dia disana kerana obat nya cuma untuk dua minggu aje.
Semlm aku dan zauji membawa dia ke rumah cucunya kerana ada majlis maulid. Disana aku bertemu dgn Sil dan cucu-cucunya. Senyum tetap mekar dibibir ku, salam tetap menambahkan muhibah silaturrahim antara saudara-mara.
Dalam jangka yg lama tidak bertemu (sebulan) dia banyak yg dipeluk dan dicuim dipipi nya, serta khabar dan bertanya bahagia kah atau gembirakah tinggal dgn anaknya, Dia angguk kan kepalanya. Sil melihat perubahan ibunya, datang kearah ku, " Kau lihat, gembira benar emak dapat tinggal dgn adik aku." aku senyum aje tidak sepatah menjawab." kau mesti buat mak betah tinggal dgn kau dan jgn bermusuh atau kau jangan jahat dgn Mak tau!! "
JAHAT!!!...apa yg aku jahat dgn dia? Sabar aku sabar aje sambil aku tenung kat Sil aku sambil senyum tak sepatah aku jawab kata-kata dia. ( kalau ada bantal gusti dah aku tumbuk-tumbuk ke arah bantal itu!!!) itulah perasaan marah aku. aku senyum aje di majlis itu sambil telinga aku dengarkan aje perbualan mereka dgn Mil... sakit telinga aku, aku ubatkan dengan beristifar. Aku buang perasaan marah aku. Nak aku jawab, aku toleh kearah zauji, kesian dia( zauji) tidak payah jawablah ...baik aku diam aje, pekak kan aje telinga aku ...sabar aku sabar!!!
Tadi Sil datang ambil mak nya... aku iringi perpisahan ini dengan senyuman yang paling manis sekali. Dua minggu dia bercuti ke Benut, dua minggu aku dapat berrihat seketika.....

Sunday, March 25, 2007

Malunya aku!!!

Hari ini ahad 25 haribulan march07', pada jam 7.15 malam, Aku bernada tinggi dengan my MIl, Masya-allah malunya aku!!!:-( kerana zauji menjeling kearah aku. Ini semua gara-gara aku tidak masak pada hari ini:-( . Aku adalah manusia biasa bukannya robot, Bila aku diserang oleh flu, tiada daya untuk aku nak terus kemas, masak dan etc etc lah.
Ya allah, kalau aku sedang diuji oleh mu aku terima dgn tangan terbuka tetapi aku tidak boleh tahan dengan cara MIl memerintah dan sindirannya. Aku cuba juga untuk berdiam tapi aku tewas dgn bisikkan syaitan yg ajak aku bersuara tinggi. malunya aku!! lagi malu pasal aku tahu aku tidak sepatutnya masuk campur....
Sepatutnya nak aje aku minta maaf dgn zauji sekarang ini tapi zauji pula jual mahal. Aku tahu dia marah tapi aku tangguhkan aje ke esok hari...aku tidak minta apa-apa perhatian dari MIl pun, hanya kalaulah MIL masih ada perasaan simpati, simpatilah pada aku yg tak terlarat nak layang semua manusia yg berada didalam istana aku......Bila kejadian bergini dah berlaku, jawapannya tiada kekatalah untuk beberapa hari ini......Siapalah masing-masing memasang wall untuk tidak mahu lihat atau bicara....!!! aduh!!! aku tersepit lagi!!!!!

Wednesday, March 21, 2007

Selasa!!!

Hari selasa, aku dah tidak boleh tahan lagi, kepala aku macam nak pecah disebabkan aku yang suka diam aje, tapi itu ada kehendak aku jua. sejak Mil ini ada, bermacam-macam ragam kerenah dia aku hadapi. malah kalau aku diberi bayi untuk yang ketiga aku maulah. Aduh!!! sabar, sabar dan sabar!!!!
Setiap manusia ada kesabarannya, tapi hari selasa itu aku dah tidak boleh sabar lagi, lantas jalan keluar aku duduk di sudut korner di chua chu kang lot 1 tingkat 4 di sudut food korner sambil makan aku tengok orang ramai lalu lintas disitu. Sejam lebih aku duduk disitu, hilang sudah stress aku tapi aku rugi kerana aku tidak hadir kuliah ngaji.
Bermacam-macam ragam dia menunjukkan pada ku ragamnya , dengan senyum aku terangkan dengan dia kenapa tidak boleh dan dibolehkan. kalau bercakap dengan aku wajib bertentang mata, suatu perkara yang tidak pernah aku buat selama ini. Alhamdullilah dia faham,lega hati aku. Kalau apa yg dia hendak , pasti aku lah yg dia cari bukan hubby aku. Aku pun ingin a break!! tapi itulah break yg aku dapat ialah Selasa!!!
Alhamdullilah aku dapat jua atasinya, denagn membuktikan aku hadir kuliah hari ini dan sakit stress aku dah berkurangan serta aku nak ucapkan berbanyak terimakasih dengan seseorang yg sudi menemani aku pada hari selasa. Juga aku tidak lupa pada teman ku yg ajar aku ngaji..Terimakasih di atas kata-kata perangsangmu!!!

Monday, March 12, 2007

Dia dan Aku

Semenjak dia hadir didalam istana aku, aku tidak berapa kisah. Dia banyak diam, dan termenung. ibarat dia duduk satu sudut. tiada perkataan yang ingin ku bicarakan terhadap dia. Selang seminggu, dia mula mengadu dgn zauji, bahawa diri dia tidak di perlukan dan dia terasa sepi. zauji cuba menasihatinya, dia ngangguk kan aje kepalanya.
Aku sendiri tidak tahu macam mana nak mulakan perbualan dengan dia, sedangkan masa aku dan perhatian aku seratus per cent dengan anak-anak aku. aku memang simpati dengan dia, kerana dia mempunyai ramai cucu dan cicit, tetapi tidak satu pun yang sudi untuk melihat dia. Aku masih boleh terima kehadirannya, aku tidak kisah sangat.
Hari ini dia genap sudah 3 hari dia sakit, muntah-muntah dan panas badan. Zauji baru bawa dia ke dokter. Kesian benar aku lihat dia sakit. Makan tidak seberapa apa lagi minum. malah dia masih boleh banyak sabar tentang sakitnya itu. Aku pula mana sakit kepala dan pinggang. malah anak-anak lagi cuti makin bising istana aku....sabar aje lah aku dengan mereka...
Esok, teman-teman aku ada perjumpaan di Jurong East library, nak aje aku ikut berjumpa tetapi aku tiada upaya untuk meninggalkan Mil aku dirumah . maaf lah wahai teman-teman kerana aku tidak dapat hadirkan diri.
kalau ada rezeki insya-allah aku mesti ingin bertemu dengan kalian baik di kuliah mahu pun dimana-mana corok singapura....

Monday, March 5, 2007

Dapur tidak berasap!!!

Alhamdullilah, syukran hari ini aku tidak perlu masak...
aku tidak perlu masak kerana IUP sedang dilakukan dibawah rumah yg aku tinggal.
Semua yg ada didalam rumah ini sudah ku beritahu . Putera-putera aku pula menunjukkan muka mereka dengan senyuman dan penuh ideas... Boss hanya mampu tersenyum begitu juga dengan MIl...
Hari ini Dapur ku tidak berminyak atau berasap... udaranya pun nyaman sekali zone free katakan!!! alhamdullilah, alhamdullilah... syukur aku terhadapnya...

Tuesday, February 27, 2007

Rindu Pada Dia....


Aku RINDU pada mu....

Rindu aku membara......Rindu aku hendak mendengar teguran Dia....Rindu aku pada sentuhan Dia....Rindu aku hendak mendengar suaranya....Rindu aku hendak melihat wajah-wajah nya yang cantik walaupun dimamah usia senja...Rindu aku untuk melihat senyum Dia.... Ku pendamkan Rindu biarlah sampai mencecah ke dalam hati....Dikelongsang hati ini ku pahat rasa Rindu tidak akan aku pudarkan buat selama-lamanya....Rindu yg telah tewas dengan perasaan ego membuat aku makin bertahan begitu lama...Entah berapa lama aku masih boleh bertahan, aku sendiri tidak tahu ...yg pasti aku akan sentiasa merinduinya walaupun aku tidak pernah mengucapkannya....

Biarlah aku simpan RINDU ini selama-lamanya.....


Hari ini aku disaksikan oleh suatu perkara yang gitu istimewa bagi diriku .
Apatahnya, disebalik aku off day, aku dibukakan mata dan telinga. Masya-allah, sungguh allah maha pencipta dan maha esa, aku yg duduk berselingpuh kusyuk mendgr mereka mengaji ada sekali-kala anak-anak teman ku meminta tolong, aku tolong jua. merdunya suara mereka bila membaca ayat-ayat alquran dan ayat-ayat dari surah yasin dan albaqarah...
Aduh!!! malunya aku yang dah lama tinggalkan kitab alquran ini, bukan aje aku tinggalkan malah dah lama aku tidak sentuh malah aku lah yang selalu leka dgn kerlip-kerlipan dunia. masya-allah, ya allah macam mana aku nak letak muka aku keesokkan harinya...dah lah aku tengah off day aduh!!! berdebarnya jantung aku macam nak pocot!!!

Monday, February 26, 2007

Bagaimana Hari Tua Aku....

Hari-hari tua aku bagaimana? Apakah hari tua aku akan menjadi susah ke kepada kedua PUTERA ku atau sebagaimana?
Setiap hari aku meniti masa dan peluang untuk aku berfikir, macammana hari tua aku kelak?
Apakah yang akan berlaku kepada aku? Adakah nasib aku nanti sama seperti warga emas yang pernah aku lihat dirumah tumpangan orang-orang tua?
Dimana anak-anak mereka tiada tempat untuk memelihara mereka atau mereka yang sebatang kara di dunia ini.Warga emas yang banyak aku temui semuanya mengeluh kesah yang nasib mereka adakala menyukar atau membahagiakan.
Mereka yang bergantung pada anak-anak mereka kadang-kala merasa hampa kerana apa yang telah dicurahkan sewaktu kecil sehingga besar tidak di pandang langsung malah di ketepikan...
Aduh!!! sedihnya aku melihat perkara bergini berlaku di zaman abad yg penuh dengan teknologi yang canggih gitu....aku berazam aku tidak mahu menjadi begitu tetapi aku pun tidak mahu merempat atau meminta belas ikhsan dengan mana-mana bantuan atau dengan anak sekalipun....
Insyaallahh aku cuba menjaga kesihatan aku begitu juga sholat aku, aku tidak mau melepaskan peluang untuk berbisik dengan allah s.a.w. Kita manusia hanya mampu merancang tetapi hanya allah sahaja yang menentukannya....amin

Sunday, February 25, 2007

Ku Inginkan....

Ku ingin selalu mengingatiMu,
ku ingin selalu mendampingMu,
ku ingin selalu merinduiMu,
ku ingin selalu meletakkan Mu yang pertama didalam segala perkara,
Ku ingin bertemu dengan diri Mu tapi itu ada satu perkara yg mustahil boleh berlaku.
ku ingin taat setia dengan perintah Mu,
Ku ingin menjadi umat yg berada didalam golongan solehah.
Ku ingin segala-gala yang telah kamu kurniakan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W.
Ku ingin menjejakkan kaki ku kerumah Mu.
Ku ingin sujud disana dengan berbisik kepada kamu,
ku ingin apabila mati ku kelak hendaknya ku telah bersedia...
Bisakah ku mengatasi kesulitan kehidupan didunia dengan penuh ketabahan dan dugaan dari Mu....Ku masih ingin dan ingin dan ingin selalu mahu dekat dengan Mu,
Kedamaian dihatiku..."Rabbanaa aatina fiddunyaa hasanatan wa fil-aakhirati hasanatan waqinaa 'adzaa-bannaar.."

Datin Darling Haziq And Hafiz


Mama luv u all so much even though both of you are full of mischievous and surprise!! I can't leave home without both of you!!!!

Posted by Picasa

Saturday, February 24, 2007

Diari-Datin

Aku...aku...aku...!!
Aku yang masih setia dgn Diari aku ini....
Aku yang kadang-kala perlu mencurahkan isi hati aku didalam Diari...
Aku kadang-kala memberontak dengan cara menulis didalam Diari....
Aku yang suka mencurah segala hati terhadap seseorang....
Aku lah yang sering membuka lembaran-lembaran yang telah aku tulis dan aku janji tidak mahu menoleh ke belakang lagi....
Tapi....
Aku mengingkarinya kerana aku lemah jika tidak menjenguk mu
Diari....
Jika jari-jemari aku tidak berdaya untuk menulis, apa kah akan setiakah engkau dengan aku
Atau pupuskah kau ditelan dek zaman yg akan berlalu tanpa memperdulikan kamu....
Maafkan aku diari, tiada daya aku melainkan aku diizinkan allah untuk berkarya atau tidak...
Selagi hayat dikandung badan kau tidak akan aku lupa kan........